M Update, 5/10/2020 – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menimbulkan kemarahan komuniti perubatan pada Ahad apabila melanggar protokol dengan apabila tampil di luar hospital tempat beliau dirawat akibat Covid-19.
Beliau yang berada di dalam kenderaan kalis peluru dilihat memakai pelitup muka dan melambai kepada penyokongnya yang berada di luar pusat perubatan tentera Walter Reed. Ia dikatakan sebagai usaha untuk memperlihat kesihatannya berada dalam keadaan baik selepas dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun, langkah itu dikatakan menyalahi garis panduan pentadbirannya yang memerlukan pesakit untuk mengasingkan diri ketika menjalani rawatan. Selain itu, ia hanya memberikan risiko terhadap ejen Perkhidmatan Rahsia yang menjaga keselamatannya.
Setiap orang dalam kenderaan (dinaiki presiden) ketika penampilan presiden yang tidak perlu diadakan itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari serta mereka boleh jatuh sakit. Mereka boleh mati. Untuk ‘teater politik’. Diketuai oleh Trump hanya untuk membahayakan nyawa individu terbabit. Ini tidak masuk akal. – James Phillips, Ketua Bencana Perubatan di Universiti George Washington.
Bagaimanapun, jurucakap Rumah Putih, Judd Deere berkata, langkah keselamatan sudah diambil termasuk semua individu terbabit memakai peralatan perlindungan. Selain itu katanya, penampilan itu dibenarkan oleh pasukan perubatan.