Input your search keywords and press Enter.

JIN DALAM OPERASI HUTAN

Sejak waktu umur 16 tahun, saya memang suka berguru disini sana. Apa saja dan siapa saja guru yg saya baik, saya akan pergi usaha nak berguru, dapat sikit ilmu pun cukuplah. Kerana pada saya yg bo.doh ini, ilmu2 itu semua adalah ilmu para wali dan datuk nenek kita. Macam2 pahit manis saya lalui. Jadi kenangan pada saya. Ok kita mula kisah ini..

(Anggap saja ini sebagai hiburan. Dan gambar sebagai contoh dan hiasan)

Hujung 1990an, saya buat operasi Gubir selama dua bulan di hutan. Platun saya (lebih kurang 30 orang) diarahkan untuk ambil alih satu pos di sempadan Malaysia-Thailand. Pos itu terletak di atas bukit , ditepi sebuah empangan di utara namanya Empangan Ahning. Pos disitu ada beberapa pondok yg dibina dengan susunan batang kayu besar. Kami masuk operasi sebelum bulan puasa. Jadi sah kami akan berpuasa dan raya dalam hutan.

Sewaktu serah-terima tugas, pegawai yg serah itu ada cerita pada saya, bahawa mereka banyak kali diganggu oleh makhluk halus. Mereka ada yg kena tampar, ada kena campak dari tempat tidur, ada mimpi-mimpi yg menakutkan.

Selepas platun itu sudah serah kepada saya, mereka pun naik bot keluar dari kawasan itu. Seperti biasa, sebelum memulakan apa-apa, saya akan jalan kelilingi pos itu dan untuk lihat keadaan pos. Saya nampak banyak tulang ba.bi hutan, tulang monyet/ lotong/ labi2, di dalam tempat memasak yg ditinggalkan. Biasalah, mereka yg duduk sebelum ini ramai yg berbangsa Iban dan Dayak serta bukan agama Islam. Itu biasa, saya faham..

Saya ambil garam sebungkus, saya bacakan beberapa ayat AlQuran dan mentera yg saya tahu, saya tabur garam itu di sekeliling pos itu. Saya arahkan anggota saya, jangan tidur dalam pondok-pondok yg ada disitu, dan semua sekali kena buat ‘hammock’ (seperti dalam gambar) dan tidur dengan khemah ponco sendiri.

Masuk waktu magrib, saya suruh anak buah saya azan dan kami solat isyak berjemaah di atas lantai hutan berteman cahaya lilin saja. Saya jadi imam, dan sarjan saya jadi bilalnya.

Malam itu, hujan turun selebat-lebatnya! Angin ribut kuat dan menakutkan. Terdengar bunyi pokok-pokok balak yg patah dan tumbang. Kami masing-masing serah nyawa pada Allah saja, kalau itulah ajal kami, kami redo. Tiba-tiba, air yg datang entah dari mana, mula banjir separas betis di pos kami. Pelik, kami ini duduk di atas bukit! Mana ada air nak bertakung dan mengalir ke arah kami, air sepatutnya turun terus bawah bukit. Kami semua bertahan dan berdiam di khemah masing-masing.

Saya hanya mampu berzikir dan mengulang baca ayat 128 dan 129 dari surah At Taubah, laqadjaakum rasulummin a’nfusikum….. (sehingga habis), berulang-ulang hingga saya tertidur peluk senjata M16 saya dalam hujan lebat. Saya bermimpi ada seorang lelaki tua memberi salam pada saya dan senyum pada saya.

Esok paginya, hujan dah berhenti, matahari naik. Kami semua terkejut, semua tulang2 binatang semalam, semua pinggan mangkuk dan periuk yg digunakan askar sebelum ini, semuanya telah hilang entah kemana! Anak buah saya cakap, ‘banjir’ semalam itu yg hanyut dan ‘cuci’ segalanya.

Lebih mengejutkan, semua pondok-pondok2 yg lama ada disitu telah rosak ditiup angin dan dihempap dahan dan pokok balak. Alhamdulillah, nasib baik kami tidak tidur dalam pondok-pondok itu! Kami semua selamat dari kesan hujan, ‘banjir’ dan ribut semalam.

Saya terus arahkan sarjan saya untuk bakar semua pondok-pondok itu. Dan gotong-royong bina surau kecil dengan menggunakan buluh (contoh dalam gambar dibawah, tapi tidaklah secantik macam gambar itu)… Saya dapat rasakan, ada sesuatu yg tak kena di tempat itu.

Dalam 3 hari, siaplah surau dari buluh yg kami bina. Tidak besar, cukuplah ada 5 saf dan tiap saf boleh isi 8 orang. Dinding ringkas, berlantaikan buluh dan hanya berbumbung daun hutan yg kami anyam. Dan setiap hari saya arahkan surau itu di azan pada waktu subuh, magrib dan isyak.. serta solat berjamaah pada yg tidak bertugas. Sambil buat kerja mengatur semula pos itu, kami tetap buat rondaan jalan kaki masuk jauh kedalam hutan dimana pagi pergi ronda, lewat petang balik semula ke tempat kami.

Setelah dua minggu disitu, masuk bulan puasa. Kami tahu kali ini giliran kami berpuasa dan raya dalam hutan. Yg menjadi hiburan kami hanyalah bungkusan makanan dan surat yg dihantar oleh isteri dan anak-anak. Itu pun hanya dapat setiap dua minggu melalui helikopter atau bot tempur tentera.

Pada yg masih bujang macam saya waktu itu, hanya mampu pandang saja. Tapi rasa gelihati bila tengok koperal dan sarjan saya yg sudah tua, baca surat dari isteri ditepi pokok dengan air mata! Dah macam budak sekolah baru kenal bercinta. Yg lagi lawak, dia baca surat itu setiap hari, sampai surat itu renyuk macam belacan! Dia simpan surat letak dalam plastik, dan bawa kemana-mana pun. Buat semangat la konon.. Muka ganas badan keras, misai melintang, kulit muka berparut, tapi hati ada taman! �� Sebenarnya, itulah indahnya rasa rindu pada keluarga untuk tentera waktu operasi dalam hutan..

(ok masa untuk iklan.. makan pagi nasi lemak dengan air teh dulu, bertenang)…

Sambungan

Masuk ramadan.. di malam Ramadan yg ketiga, ketika saya jadi imam solat terawih di surau buluh kami itu, dengan cahaya hanya guna 2 pelita, tiba-tiba dengar saf-saf yg kosong dibelakang dipijak-pijak oleh ramai orang. Dan ada bau wangi yang kuat. Waktu saya sebagai imam habis baca fatihah, kami dengar suara kuat “Aminnnnn” macam suara dari 50 orang! Sedangkan kami yg terawih waktu itu hanya 8 orang. Saya cuba tenangkan hati dan teruskan solat.

Waktu selepas solat dan beri salam pada 2 rakaat pertama itu, anak-anak buah saya semua nak lari keluar dari surau sebab rasa seram. Saya cakap, “Sudah! Kita teruskan saja solat terawih lagi 6 rakaat. ‘Mereka’ saudara kita juga. Sama-sama buat ibadat”… Saya terus bangun dan teruskan jadi imam solat terawih. Sepanjang terawih sampai ke witir, begitulah keadaannya. Apabila saya beri salam sunat witir terakhir, bunyi sekali lagi lantai-lantai buluh itu seperti orang ramai keluar dari surau. Saya dan anak2 buah teruskan dengan zikir dan doa.

Lepas itu kami moreh dengan makan biskut askar yg keras cicah air kopi. Semua tak bercakap sepatah pun tentang tadi. Lepas minum semua masuk tidur di khemah dan hammock masing-masing.

Pukul 2 pagi, dalam gelap gelita, jururadio yg di sebelah khemah saya, kejut saya. Katanya, “Tuan, bangun. Ada benda tengah mengaji Quran di surau kita”.. Memang, jelas saya dengar suara satu lelaki sedang membaca Quran di surau kami. Saya suluh dengan lampu suluh ke surau, tak ada orang pula.

Suara itu terus membaca hampir sejam lamanya. Lepas dia habis, tiba-tiba ada suara bisik di telinga saya, “Fitri, boleh kita berjumpa?”… saya berdebar takut, saya balas, “Jumpa dimana?”.. suara itu bisik lagi, “Jumpa di pokok hujung permatang bukit ini”

Saya serba salah. Apa nak buat ni? Dah pukul 3 pagi ni! Gelap gelita pula. Anggota yg bertugas sentri yg jaga pos ada di tengah pos. Saya kena berani dan hadapi juga benda ini, mungkin ini baik untuk kami, itu dalam fikiran saya. Saya bawa senjata, pakai kasut, bawa lampu suluh, dan mula berjalan keluar dari pos dan ke hujung permatang bukit yang jaraknya 200 meter dari tempat kami, seorang diri. Dalam hati risau dan hanya zikir yg mampu saya buat.

Sampai di hujung permatang dekat satu pokok besar, tiba-tiba dengar, “Assalamualaikum”… meremang bulu roma, saya balas salam itu. Saya suluh keliling, tak ada orang. Saya terus bertanya, “Siapa kamu, apa kamu mahu?”… dia jawab, “Tenanglah, aku juga Islam, aku ketua di ‘kampung’ ini”… Saya uji lagi dia dengan beberapa soalan, dia jawab dengan betul, jadi, hati saya mula tenang…

Selepas itu, saya duduk di lantai hutan dan kami bersembang agak lama dalam banyak perkara. Saya tak nampak dia, hanya suara. (Maaf, saya dah janji padanya tidak akan buka rahsia isi apa yg kami sembangkan). Ringkas cerita, saya balik ke pos dalam pukul 5 untuk bersahur.

Esok waktu siang, saya cakap pada pada sarjan, yg saya teringin nak makan lauk ikan untuk berbuka puasa nanti. Sarjan dan beberapa anak buah, turun ke empangan nak menjala dan pancing ikan. Tiba-tiba, entah dari mana, datang timbul berbagai jenis ikan yg banyak ke tepi empangan di tempat kami! Tak perlu pancing pun, ikan-ikan itu seperti menyerah diri. Tangkap dengan tangan saja. Punyalah banyak dapat ikan segar pada hari itu, sampai kami boleh buat pekasam! Rezeki jangan ditolak. Alhamdulilah. ��

Pendek cerita (jari saya dah lenguh menaip ni). Banyak perkara indah yg berlaku selepas saya jumpa ketua jin Islam itu, serta banyak kenangan sepanjang kami berpuasa dan beraya di hutan dalam operasi.

Sewaktu nak serah operasi ke pasukan lain, hati saya sebak dan sayu kerana tiba masanya kami pulang ke kem. Saya berpesan sungguh-sungguh pada pegawai yg gantikan saya, untuk jaga tempat itu selepas kami tiada.

Tapi sayangnya, beberapa bulan lepas itu, saya dengar khabar yg tempat itu kembali diganggu dan jadi berterabur seperti dulu. Surau yg kami bina pun sudah tidak diguna, malah jadi stor tempat letak barang dan jadi stor makanan pula. ��

Pengajaran= Hutan bukanlah tempat kita, dan kita berkongsi alam ini dengan makhluk lain juga. Saling menghormati seperti kita juga mahu dihormati. Belajarlah berbagai ilmu, untuk bersedia jika takdir membawa kemanapun kamu

Sumber : FB Mejar Mohd Fitri