M Update, 02/07/2021 – Polis akan memeriksa rekod tempat dilawati pengguna jalan raya melalui aplikasi MySejahtera di sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan sama ada individu itu bergerak atas urusan penting atau tidak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu diambil kerana masih terdapat banyak kenderaan di jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya tak tahu kenapa keadaan ini berlaku, mungkin (alasan) mereka kata ada urusan penting tetapi adakah ia benar? Jadi apa kita lakukan selepas ini ialah memeriksa rekod tempat yang dilawati di MySejahtera secara rawak. Jika apa yang dikatakan individu itu tidak benar, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan,” katanya
Hamzah berkata, pendekatan melakukan pemeriksaan di MySejahtera pengguna jalan raya dijangka dapat mengurangkan pergerakan kenderaan.
“Insya-Allah dengan strategi ini, kita doakan segalanya membawa keberkesanan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari segi aspek kesihatan dan keselamatan akibat Covid-19,” katanya. – HM Online