Langkah memelihara bahasa Melayu perlu bersifat menyeluruh dengan membabitkan tanggungjawab bersama antara kerajaan, swasta dan masyarakat.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad – dalam konteks itu kebersamaan menjulang martabat bahasa Melayu yang menyatupadukan rakyat di negara ini, sangat dituntut.
Zaman sekarang, ada segelintir rakyat lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan harian.
Penganjuran Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) menunjukkan kepada kita ada kalangan peserta yang bahasa Melayu bukanlah bahasa asal mereka namun mereka fasih bertutur bahasa kita. Ini sekali gus menjadi peringatan buat kita semua yang juga penutur asal bahasa Melayu, kitalah yang sepatutnya mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan kita.
Hari ini terbukti bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang turut dituturkan bangsa lain di peringkat antarabangsa.
Kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab untuk memelihara bahasa Melayu ini kepada kerajaan saja. Usaha membudayakan bahasa Melayu perlu bermula di peringkat awal lagi khususnya di rumah dan juga institusi ilmu.
Sumber : BH