M Update, 15/12/2021 – Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen pada pukul 2.30 petang.
Blinken tiba di Malaysia malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.