M Update, 29/03/2024 – Kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang hampir dipadam sepenuhnya apabila lebih 97% kawasan dapat dikawal dalam operasi yang memasuki hari kelima setakat semalam, kata Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Ordine Gilu.
Kebakaran berbaki 1,257.3 meter persegi iaitu sektor D telah dipadamkan sepenuhnya, sektor C (95 peratus), sektor B pada tahap 99 peratus dan sektor A (95 peratus).
Seramai 41 pegawai serta anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran serta dibantu beberapa BBP lain antaranya dari Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah, sedang bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman.
Proses pemadaman turut menggunakan tanah untuk menimbus kawasan terlibat melibatkan lebih 1,200 buah lori penghantaran sejak hari pertama.