Input your search keywords and press Enter.

Tiada Pengakuan Bersalah Dibuat Oleh Ibu Zyan Rayyan

M Update, 12/06/2024 – “Ibu Zayn Rayyan (Ismanira Abd Manaf) tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tetapi dia hanya merekodkan keterangan di hadapan majistret berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

Beliau mendakwa, majistret turut merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu. Peguam kepada ibu kanak-kanak itu membantah permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Pagi tadi, hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Wanita berkenaan yang memakai baju lokap berwarna ungu, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van polis pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah. – Sinar Harian