Input your search keywords and press Enter.

Isu ‘Check In’ Hotel 4 Petang: Motac Akan Beri Maklum Balas – Fahmi

Foto Hiasan

M Update, 25/09/2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa jam 4 petang.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai keluhan rakyat di media sosial berhubung perkara itu.

Menurutnya lagi, walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini tetapi beliau akan panjangkan kepada MOTAC untuk memberi maklum balas.

Minggu ini tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam 4 petang dan keluar pada jam 11 pagi.

Perkara itu mencetuskan perbincangan warga maya yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.