M Update, 25/09/2024 – Mahasiswa yang terjejas akibat banjir perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti masing-masing sebelum kembali ke pusat pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata, ia termasuk mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian mereka bagi membolehkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya.
Zambry turut memaklumkan setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing hingga 29 September ini. Manakala yang lain kekal pada tarikh ditetapkan oleh universiti untuk mereka mendaftar.
Mereka perlu maklumkan kepada pihak universiti supaya bantuan dapat diberikan,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards ke-12 (eDOLA) di sini malam tadi.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita sama ada mahasiswa di negeri terjejas banjir akan diberikan kelonggaran untuk mendaftar di kampus mengikut tarikh ketetapan universiti masing-masing.