Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif Kerajaan – Masyarakat India Tidak Terkecuali

M Update, 7/11/2024 – Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk manfaat masyarakat India merangkumi RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan RM30 juta bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Tekun Nasional.

Selain peruntukan langsung kepada MITRA dan SPUMI, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk komuniti itu melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan pertambahan dana pembiayaan kepada usahawan berjumlah RM136 juta.

Setakat hari ini, seramai 2,644 wanita India telah menerima manfaat daripada program PENN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM22.7 juta.