M Update, 8/11/2024 – Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu di bawah Program MyLesen pada tahun depan dengan jumlah peserta dijangka turut meningkat khususnya belia dan golongan B40.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima lebih 130,000 permohonan bagi program MyLesen pada tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41,853 permohonan yang diterima didapati layak untuk menyertai program tersebut setelah menerusi tapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan kepada rekod, sehingga hari ini, lebih 26,000 telah berjaya memperolehi lesen memandu B2, PSV E-Hailing, PSV Bas dan GDL Lori di bawah Program MyLesen Tahun 2024.
Inisiatif berterusan ini bukan sahaja semata-mata untuk memberi lesen memandu kepada mereka yang layak tetapi juga untuk memberi kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya.