M Update, 8/11/2024 – Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing selepas 1 Jan tahun depan – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Keperluan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform.
Keperluan pelesenan di bawah Akta 588 adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka.
Ini termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses untuk mengurangkan jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.
Pengguna masih boleh mengakses dan menggunakan platform berkenaan selepas peraturan itu berkuat kuasa.