Input your search keywords and press Enter.

Pakej ‘Kahwin Sekarang, Bayar Kemudian’, Boleh Dikenakan Tindakan

Foto Hiasan

M Update, 09/12/2024 – Individu yang menggunakan khidmat ‘Kahwin Sekarang, Bayar Kemudian’ yang dipromosikan di Thailand boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Keluarga Islam.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta supaya rakyat di negara ini tidak mengikut promosi yang disediakan di laman sosial berkenaan.

Semalam beberapa media melaporkan mengenai pakej yang dipromosikan oleh penyedia perkhidmatan perkahwinan di Thailand yang berharga RM2,000.

Menerusi pakej ‘kahwin dahulu, bayar kemudian’ itu mereka yang ingin berkahwin tidak perlu mengeluarkan modal tinggi untuk diberikan kepada penyedia perkhidmatan berkenaan kerana harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,699.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada tindakan itu sah atau tidak, Mohd Na’im berkata ia sah sekiranya mengikut syarat ditetapkan.

Kita di Malaysia ada peraturan bagi mereka yang ingin berkahwin atau pun poligami. Peraturan ini diwujudkan untuk menjaga maslahah (kebaikan) masing-masing. Tetapi cara itu (pakej) adalah tidak betul kerana ia mengajak rakyat di negara ini menentang peraturan dan undang-undang.

Selain itu, dibimbangi pakej tersebut merupakan cubaan untuk scam rakyat negara ini bagi mereka yang terdesak untuk kahwin.