Input your search keywords and press Enter.

Ribuan pemandu teksi Australia saman Uber

M Update, 03/05/2019 – Firma undang-undang di Australia memfailkan saman terhadap Uber Technologies Inc bagi pihak ribuan pemandu teksi dan kereta sewa di negara itu, menuduh syarikat itu beroperasi secara haram dan menyebabkan mereka berhadapan masalah kewangan.

Saman berkenaan, yang difailkan di Mahkamah Agung Victoria oleh firma undang-undang Maurice Blackburn, dikemukakan bagi pihak 6,000 pemandu dan pemilik lesen teksi dari empat negeri, kata peguam dalam kenyataan.

“Ini akan menjadi kes bersejarah terhadap operasi haram Uber di Australia dan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat yang bekerja keras dan mematuhi undang-undang,” kata peguam Andrew Watson.

Uber ternyata popular dalam kalangan rakyat Australia, walaupun berhadapan kemarahan industri teksi dan banyak pihak berkuasa tempatan.

Peguam mendakwa Uber tahu ia beroperasi secara haram di Australia atas beberapa alasan, termasuk ‘menggunakan dasar beroperasi dalam pasaran yang menyaksikan pengendalinya secara diam-diam membenarkan ia melakukannya kerana kegagalan mengambil tindakan penguat kuasaan secara langsung. — Reuters

Leave a Reply