Input your search keywords and press Enter.

Sindiket Pelacuran Remaja Bawah Umur Dalam Talian

M Update, 29/07/2019 – Polis Surabaya membongkar sindiket pelacuran remaja bawah umur dalam talian menggunakan media sosial seperti Facebook.

Kompas.com melaporkan, seorang suspek Timbul Utomo, 47, kerana disyaki bertindak sebagai bapa ayam selepas ditahan di sebuah hotel.

Ketua Polis Resor Surabaya, Superintendan Sudamiran berkata, suspek menjalankan operasi sejak 11 Julai lalu di hotel berkenaan dan membawa budak bawah umur setiap hari ke situ.

“Dia menempah dan mendaftar masuk dua bilik di hotel itu untuk dijual kepada pelanggan lelaki,” katanya.

Menurut jatimnow.com, hasil siasatan mendapati dua mangsa berusia 15 dan 16 tahun yang turut ditahan ketika sedang melayan seorang pelanggan.

Laporan memetik jurucakap polis Inspektor Giadi Nugraha berkata, mangsa diletakkan di hotel itu tiga hari sebelum ditangkap dengan perancangan berada di situ selama seminggu.

Timbul dipercayai mempunyai puluhan budak bawah umur yang dijual dengan cara itu, kerana suspek menukar hotel operasi namun perkara itu masih disiasat.

Suspek dilaporkan mencari mangsa menerusi akaun Facebook palsu menggunakan nama dan foto seorang wanita. Menurut laporan, pelanggan membayar 1.5 juta rupiah (RM442) untuk khidmat mangsa yang turut merangkumi sewa bilik hotel.

Leave a Reply