M Update, 14/8/2019 – Rakyat Malaysia perlu memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepenuhnya dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung pasukan keselamatan negara itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan di sini hari ini berkata konsep kesiapsiagaan meletakkan ATM sebagai langkah terakhir bagi mempertahankan negara perlu difahami masyarakat.
Seluruh rakyat Malaysia tidak mengira latar belakang keturunan serta kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera berusaha bagi memahami peranan serta pengorbanan mereka.
Liew turut menyatakan kekesalan berikutan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan peranan serta pengorbanan angkatan tentera sebelum ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan seorang ahli perniagaan Koon Yew Yin sebelum ini yang memberi cadangan kepada kerajaan agar tenaga anggota tentera digunakan di sektor perladangan sebagai langkah mengimbangi sektor perkhidmatan awam.
Sumber : Bernama