Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam KPM Paling Ramai Belum Terima Vaksin COVID-19

Penjawat awam di Kementerian Pendidikan adalah paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika ini masih mengemas kini data penjawat awam yang masih belum divaksinasi dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

JPA sedang memadankan data-data mereka yang belum divaksinasi menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan aplikasi MySejahtera daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setakat hari ini, data sedang dikemas kini dan JPA akan padankan balik apakah alasan-alasan yang diberikan untuk mereka dikecualikan daripada vaksinasi. Alasan yang diberikan ini kemudiannya akan dirujuk oleh setiap ketua jabatan… jadi ketua jabatan perlu turun ke bawah melihat dan memahami apa alasan  yang diberikan untuk tidak divaksinasi,” – Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

JPA dalam pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 November atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Setakat ini, tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19.

Sumber : Bernama