M Update, 30/01/2024 – Satu lagi inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk bantu lebih kurang 40,000 orang pemandu teksi di seluruh negara iaitu inisiatif bantuan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula tahun ini.
Bantuan tersebut adalah antara usaha untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan berkenaan selain bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, subsidi dan sebagainya.
Bantuan ini bakal memberikan satu jaringan keselamatan sosial kepada pemandu teksi kerana kebanyakan mereka tiada caruman PERKESO mahu pun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).