M Update, 22/04/2024 – Sehingga kini, masih tiada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan susulan konflik yang berlaku antara Iran dan Israel – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, Wisma Putra sentiasa memantau perkembangan di rantau berkenaan dan sedia membawa pulang semua rakyat Malaysia jika mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ramai yang bertanya mengenai situasi rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan. Di Iran tak ramai hanya 38 orang saja termasuk staf kedutaan, manakala di Jordan ramai rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar, ada lebih 2,000 orang dan setakat ini tak ada apa-apa masalah. Di Lubnan pula ada lebih 800 orang, kebanyakannya tentera pengaman kita di sana, jadi tidak ada masalah yang mendesak setakat ini untuk membawa pulang warga kita – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.