M Update, 23/04/2024 – Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.
Kerajaan turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan dan suasana perang di antara Iran dan Israel.
Setakat ini keadaan adalah terkawal. Kebajikan, keselamatan jemaah haji itu jadi keutamaan keutamaan sama ada di peringkat kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia dan TH.
Seramai hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi, bagi memudahkan urusan para jemaah haji. Kesemua petugas tersebut telah diberikan kursus sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke tanah suci.