Input your search keywords and press Enter.

Kelayakan Masuk Perkhidmatan Awam Ditingkatkan Kepada SPM – PM

M update, 16/08/2024 – Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.

“Seiring dengan peningkatan syarat lantikan ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.

“Perkara ini akan menggalakkan penugasan berbilang (multitasking) dan kemahiran berbilang (multiskilling) dalam kalangan pegawai sebagai pulangan kepada kerajaan, penggunaan sumber manusia perkhidmatan awam dapat dioptimakan,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024, hari ini.