Input your search keywords and press Enter.

Kes Nuraina Humaira: Remaja 17 Tahun Direman Seminggu

M Update, 19/08/2024 – Seorang remaja lelaki direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10.

Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek ditahan pada Ahad lepas selepas bedah siasat dijalankan ke atas kanak-kanak terbabit menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan kecederaan pada leher akibat tekanan.

Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak.