M Update, 03/09/2024 – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
Perdana Menteri berkata, peruntukan sebanyak RM10 adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
“Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
“RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
Harimau Malaya akan bertemu Filipina dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.