Input your search keywords and press Enter.

GISB: Orang Ramai Diminta Tampil Buat Aduan Pada JAKIM

M Update, 10/09/2024 – Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku syarikat GISB Holdings Sdn Bhd, perlu tampil membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, maklumat mengenai dakwaan salah laku itu perlu bagi membantu Jakim melakukan siasatan terperinci tentang GISB.

Dalam masa sama, pengadu yang berada di dalam GISB mahupun bekas GISB dan sebagainya, perlu tampil ke hadapan untuk membuat aduan kepada JAKIM. Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan, Jakim akan melaksanakan kajian dan siasatan yang terperinci dalam menyelesaikan polemik berkaitan syarikat GISB itu.

Sabtu lepas media melaporkan Mohd Na’im telah mengarahkan Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan pihak GISB, bagi mendapatkan maklum balas serta penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.

Sementara itu, Mohd Na’im juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan berhubung dakwaan isu berkaitan agama dan eksploitasi kanak-kanak, yang dilakukan pihak GISB.