Input your search keywords and press Enter.

MPOX: PKP Tidak Akan Berulang, Jangan Terlalu Selesa

M Update, 10/09/2024 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan berulang bagi membendung penularan cacar monyet (Mpox) di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan perkara itu apabila beliau memaklumi mengenai kaedah jangkitan Mpox.

Pendekatan untuk tidak mengulangi PKP itu dibuat selepas mengambil kira tiada jangkitan Mpox direkodkan selepas menjalankan saringan ke atas 6.2 juta pengembara di semua pintu masuk negara, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, masyarakat tidak boleh mengambil mudah jangkitan Mpox dan perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

“Jangan risau tidak akan ada MCO (lockdown) (seperti) dalam era pandemik Covid-19 namun saya juga mahu ingatkan semua jangan pula terlalu selesa kita tahu transisi (jangkitan) virus ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Dzulkefly pada sidang media berkata, KKM ketika ini sedang melaksanakan proses pemerolehan antiviral Mpox dengan golongan rentan akan diletakkan dalam senarai penerima utama.

Kesiapsiagaan KKM membendung penularan Mpox berada di tahap terbaik. Justeru, orang ramai tidak perlu gusar dan cemas. Jangan ambil mudah sebarang penularan penyakit, sama ada berjangkit atau sebaliknya. – BuletinTV3