Input your search keywords and press Enter.

Satu Kes MPOX Di Kesan

M Update, 17/09/2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes positif cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) dalam varian Clade II (dua) dikesan semalam, menjadikan semua 10 kes bermula 26 Julai lalu hanya membabitkan Clade ll saja.

Virus Mpox Clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala Clade II mempunyai kadar kematian yang lebih rendah.

Pesakit Mpox ini membabitkan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu, manakala ruam pula mula muncul sehari selepas itu.

Pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan stabil.

Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat.

Pengamal perubatan digesa terus peka terhadap individu bergejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutama dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.