Input your search keywords and press Enter.

Mangsa Banjir Kedah Meningkat

M Update, 19/09/2024 – Keadaan banjir di Kedah makin buruk dengan enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 3,441 mangsa daripada 978 keluarga di tujuh daerah di negeri ini, setakat jam 8 pagi tadi.

Ini menjadikan sebanyak 28 PPS yang beroperasi di Kedah setakat ini. Tujuh sungai di negeri itu juga menunjukkan trend menaik dan sudah melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi.

Julah mangsa banjir dijangka terus meningkat berikutan masih ada mangsa yang dipindahkan ke PPS setakat ini.