Input your search keywords and press Enter.

Counter Setting – Imigresen Laksana Kerja Menyeluruh

M Update, 19/09/2024 – Jabatan Imigresen (JIM) akan melaksanakan reformasi proses kerja pegawai serta anggotanya susulan 11 kelemahan didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket ‘counter setting’.

Tindakan reformasi proses kerja itu termasuk penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

JIM sudah meneliti dan mengambil tindakan reformasi proses kerja dan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran dan cadangan penambahbaikan diberikan dalam masa terdekat.

JIM akan sentiasa komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi berhubung tindakan lanjut susulan penahanan 49 pegawai imigresen berkaitan ‘counter setting’.

JIM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai tanpa mengira pangkat atau kedudukan yang menyalahgunakan kuasa untuk tujuan kepentingan peribadi yang melanggar undang-undang negara