Input your search keywords and press Enter.

Tiada lagi Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Oktober Ini

Foto Hiasan

M Update, 27/09/2024 – Sebanyak 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di 8,000 premis perniagaan mereka bermula 1 Okt ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara yang menyertai inisiatif itu ialah 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart dan Guardian.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, mereka boleh membeli beg kitar semula di kedai itu.

Nga berkata menerusi pelaksanaan inisatif itu, penggunaan 200 juta beg plastik setahun dijangka dapat dikurangkan, sekali gus mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan serta membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada.

Kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion setahun dan sedang berusaha mengurangkan pergantungan ke atas tapak pelupusan.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari. Pembukaan dan naik taraf tapak pelupusan memerlukan kos yang sangat tinggi,” katanya.