
M Update, 7/11/2024 – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghantar Pasukan MALBATT 850-12 pada Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-12 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang petang semalam.
Penghantaran ini dilakukan secara berfasa sehingga 18 November 2024 (melibatkan empat peringkat). Pasukan MALBATT 850-12 akan ditempatkan di lokasi yang sama iaitu di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin di selatan Lubnan dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.
Pasukan MALBATT 850-11 akan pulang ke tanah air secara berperingkat bermula hari ini hingga 19 November 2024.



Sumber : Bernama