Input your search keywords and press Enter.

Tambahan Kuota Haji: Arab Saudi Belum Beri Jawapan

Foto Hiasan

M Update, 17/12/2024 Kerajaan Arab Saudi masih belum memberi jawapan berhubung permohonan penambahan kuota haji negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pihaknya masih lagi menunggu keputusan permohonan tersebut dan akan memaklumkan sekiranya mendapat jawapan daripada negara berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat memaklumkan bahawa Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Mohamad berkata, permohonan berkenaan disampaikan semasa pertemuan beliau dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.

Sementara itu, menurut Syed Hamadah, surat tawaran haji bagi tahun 1446H/2025M akan dikeluarkan kepada 31,600 jemaah secara berperingkat mulai semalam. Bakal jemaah haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut.