Input your search keywords and press Enter.

Had Pembelian Beras Putih Tempatan 10kg Dinaikkan Kepada Lima Kampit

M Update, 28/04/2025 – Kerajaan telah mengedarkan lebih tiga juta kampit beras putih tempatan (BPT) ke seluruh negara menerusi program khas bagi membolehkan rakyat membeli maksimum sehingga lima kampit beras pada satu-satu masa.

Orang ramai kini dibenarkan untuk membeli beras putih tempatan (BPT) lebih daripada satu kampit susulan bekalan makanan ruji itu semakin stabil di negara ini hasil pelbagai langkah berkesan dilaksanakan kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata BPT (sudah) boleh beli lebih daripada dua kampit, cuma tidak boleh lebih dari lima kampit sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, 3.16 juta kampit BPT 10 kilogram diedarkan melalui program khas KPKM ke seluruh negara.

Menurutnya, sehingga pertengahan April lalu, beras BPT berkenaan diedarkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar di seluruh negara. Negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Johor mencatatkan jumlah agihan tertinggi.

Langkah ini menjadi antara usaha penting kementerian untuk menjamin keterjaminan bekalan beras rakyat secara konsisten.