
M Update, 20/06/2025 – Kerajaan Madani bersedia mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan Akaun 2 bagi membiayai premium insurans kesihatan.
Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta ahli KWSP bagi mendapatkan perlindungan kesihatan yang lebih komprehensif, termasuk akses kepada rawatan di hospital swasta.
Pendekatan tersebut telah diguna pakai di beberapa negara sebagai usaha untuk memastikan majoriti rakyat mendapat perlindungan insurans yang mencukupi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Ketika ini, sebanyak 32 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan penjagaan kesihatan di negara ini ditanggung sendiri oleh pesakit dan bukannya dilindungi oleh mana-mana skim insurans.
Justeru, inisiatif ini boleh menjadi penyelesaian jangka panjang dengan membenarkan pencarum menggunakan sebahagian kecil caruman mereka untuk tujuan perlindungan kesihatan,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa skim berkenaan tidak akan diwajibkan, sebaliknya diberikan sebagai satu pilihan kepada pencarum.
Ini merupakan langkah terbaik ke arah memastikan rakyat mendapat perlindungan asas yang setara seperti di Singapura, walaupun kita tidak akan memaksa seperti sesetengah negara lain,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata skim baharu itu akan menawarkan pilihan yang lebih luas berbanding program i-Lindung sedia ada, memandangkan i-Lindung hanya meliputi keilatan, penyakit kritikal dan perlindungan hayat.
kampungbet