
M Update, 24/06/2025 – Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar memaklumkan terdapat beberapa siri serangan terhadap pangkalan Al Udeid di Qatar.
Susulan daripada itu, kesemua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk berada di dalam rumah, meminimakan pergerakan di luar dan sentiasa berhubung dengan Kedutaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan turut memaklumkan terdapat rakyat Malaysia yang mengalami masalah merentasi sempadan darat Jordan ke negara-negara jiran.
Menerusi satu kenyataan, Kedutaan menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk tidak merentasi sempadan darat Jordan pada masa ini dan hanya melakukan perjalanan mel melalui pintu keluar Queen Alia International Airport.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan pihak Kedutaan mengenai sebarang perjalanan yang ingin dilakukan. Ini adalah bagi memelihara keselamatan rakyat Malaysia dan seterusnya memudahkan bantuan konsular disalurkan dengan lebih cepat sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh merujuk pihak Kedutaan melalui e-mel: mwammanekln.gov.my atau talian: +962-6-5902400 (waktu pejabat)/+962785902400 (Pegawai Bertugas). – Sinar Harian