Input your search keywords and press Enter.

My50 Boleh Diperbaharui Secara Online Mulai 1 Julai

Foto: Soya Cincau

M Update, 26/06/2025 – Mulai 1 Julai, pengguna pas perjalanan bulanan My50 tidak lagi perlu beratur di kaunter, mereka boleh memperbaharui pas terus secara digital melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dan Prasarana untuk memudahkan akses kepada pengangkutan awam. Ia juga selari dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan dan agenda Malaysia Madani.

Pendigitalan My50 adalah usaha berterusan kerajaan dan Prasarana untuk tingkatkan kemudahan pengguna pengangkutan awam, selari dengan aspirasi negara digital dan agenda tanpa tunai”, katanya.

Menurut beliau, pengguna hanya perlu memiliki kad Touch ‘n Go versi NFC dan menjalani proses pengesahan identiti melalui eKYC (Electronic Know Your Customer) untuk mengaktifkan pembaharuan secara digital.

Inisiatif tersebut juga disifatkan sebagai mesra semua golongan, termasuk warga emas, dan mereka yang masih mahu memperbaharui pas secara fizikal masih boleh berbuat demikian menggunakan MyKad seperti biasa.

Projek digitalisasi My50 dibangunkan sejak enam bulan lalu melalui kerjasama Prasarana dan Touch ‘n Go, dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.75 juta.

Selain itu, satu ciri baharu turut akan diperkenalkan dalam masa terdekat yang membolehkan pengguna menyemak corak perjalanan dan penjimatan bulanan mereka menerusi aplikasi eWallet.

slot resmi situs hk pools
d