M Update, 1/4/2019 – Ajal tiga beranak maut, termasuk seorang rentung, dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa pagi tadi. Pengenalan awal semua mangsa ditemui dalam kebakaran ini, disahkan oleh ahli keluarga kepada pasangan itu yang tiba di tempat kejadian.
Pihak bomba menemui satu mayat lelaki dewasa rentung di ruang tamu, manakala mayat wanita dewasa dan kanak-kanak pula dijumpai di dalam bilik air di bilik tidur.
Polis masih menunggu hasil siasatan pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengetahui punca kejadian.
Namun, status dan identiti sebenar semua mangsa masih belum disahkan sementara menunggu selesainya proses berkaitan.
Semua ketiga-tiga mayat mangsa ditemui selepas api dipadamkan. Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, api sedang marak. Anggota melakukan pemadaman serta ‘overhaul’ dan ketika itu, tiga mayat ditemui.
Sumber : Berita Harian