M-Update,2/4/2019, WASHINGTON: Syarikat Boeing Co hari ini berkata pihaknya merancang untuk mengemukakan pakej penambahan perisian bagi pesawat Boeing 737 MAX yang digantung perkhidmatannya, dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Boeing sebelum ini mengatakan syarikatnya merancang untuk menyerahkan kemas kini perisian itu bagi mendapatkan kelulusan kerajaan pada minggu lepas.
Bagaimanapun, syarikat itu hari ini mengesahkan satu kenyataan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) bahawa pihaknya akan menghantar kemas kini perisian itu seperti yang diumumkan mereka sebelum ini.“Kami sedang berusaha untuk menunjukkan bahawa kami sudah mengenal pasti dan memenuhi semua keperluan pensijilan dan akan menghantarnya untuk penelitian FAA sebaik selesai dalam beberapa minggu akan datang.
“Kami akan mengambil pendekatan secara teliti dan teratur untuk pembangunan dan pengujian kemas kini perisian itu agar kami mempunyai masa untuk memperbetulkannya,” kata Boeing.Setakat ini, lebih 300 pesawat Boeing 737 MAX digantung perkhidmatannya di seluruh dunia selepas dua insiden di Indonesia pada Oktober lalu dan di Habsyah pada hujung bulan lalu yang mengorbankan 350 orang. -Reuters