Input your search keywords and press Enter.

Admin

4171 Articles0 Comments

Rayuan Permohonan BPN Diumum Pertengahan Jun

M Update, 2/6/2020 – Keputusan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kumpulan ketiga akan diumumkan pertengahan bulan ini dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan. Tempoh permohonan antara 11 dan 31 Mei lalu mencatatkan 170,000 rayuan dan akan disemak secara manual. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,…

Taska Sudah Boleh Beroperasi, Tadika Dijangka Mula Julai

M Update, 2/6/2020 – Kerajaan bersetuju supaya baki 6,696 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, mulai hari ini. Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini hanya 304 taska yang dibenar beroperasi mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP). “Hari ini, kita minta Kementerian Pembangunan Wanita,…

Boleh Rentas Negeri Untuk Tujuan Akad Nikah

M Update, 2/6/2020 – Bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan. “Rupanya ramai yang nak bernikah…

DBKL Beku Lesen Minuman Keras Serta Merta

M Update, 2/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja memaklumkan, akan mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap…

Hari Keputeraan Agong Dipinda Ke 8 Jun

M Update, 2/6/2020 – Isnin (8 Jun) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas.…

Pengecualian Caj RM1 Di ATM MEPS Kekal – Ismail Sabri

M Update, 2/6/2020 – Pengecualian caj RM1 di semua rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank…