Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Ajal Dilanggar Pemandu Mabuk

M Update, 9/7/2019 – Seorang pekerja kontrak maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara, dekat sini, tengah malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.01 tengah malam ketika mangsa,…

Kepulangan Ainul Mardhiah Dibatalkan

M Update, 9/7/2019 – Penerbangan pulang Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dari United Kingdom yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya. Ibu saudara bayi, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam…

Amalan Pakai Baju Lokap SPRM Dihentikan

M Update, 9/7/2019 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan amalan membawa suspek ke mahkamah dengan memakai baju lokap oren. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata ia sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang. Beliau selain…

Desa Mentari ‘Digempur’ Polis

M Update, 9/7/2019 – Lapan blok kawasan rumah pangsa di Desa Mentari di sini, ‘digempur’ polis malam tadi menerusi Op Bersepadu Cegah Jenayah dengan 31 orang ditahan atas pelbagai kesalahan. Menerusi operasi bersepadu selama tiga jam bermula jam 10 malam itu, seramai 143 orang dengan sebahagian besarnya adalah warga asing…

Kes Dadah : Kerajaan Setuju Gugur Perkataan Mandatori

M Update, 9/7/2019 – Kerajaan bersetuju menggugurkan perkataan mandatori bagi hukuman untuk kes penyalahgunaan dadah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hakim boleh membuat pilihan sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara yang tidak boleh kurang dari 10 tahun. “Kita hapuskan perkataan mandatori, namun kita kekalkan bahawa hakim…

PM : 18 Tahun Didaftarkan Automatik Boleh Mengundi

M Update, 9/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bersetuju golongan muda berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik. “Kita bersetuju supaya anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar secara automatik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis…

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak

M Update, 8/7/2019 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Meru Raya, di sini, hari ini. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat. Turut sama berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja…

Bunuh Abang Kerana Telefon Bimbit

M Update, 8/7/2019 – Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri, membungkusnya sebelum meletakkan mayat mangsa di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting. Mayat mangsa, 16, ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa. Mangsa dipercayai dibunuh adik perempuannya…