Input your search keywords and press Enter.

Admin

4146 Articles0 Comments

Kakitangan DBKL Cedera Digigit Anjing Ketika Operasi

M Update, 25/6/2019 – Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera di kaki kanan selepas digigit anjing peliharaan milik seorang lelaki ketika menjalankan operasi di Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam Mangsa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran M Visharani berkata, ketika kejadian dia bersama kakitangan lain sedang melakukan pemeriksaan di sebuah rumah susulan…

PM : Pencemaran Pasir Gudang, Tindakan Keras Menanti

M Update, 25/6/2019 – Kerajaan akan ‘memburu’ dalang di sebalik insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor dan mengenakan tindakan undang-undang keras terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri ketika mengutarakan pendirian tegas itu, berkata insiden pencemaran di daerah dekat timur Johor itu amat mendukacitakan dan tidak sepatutnya…

PM : Identiti MAS Perlu Dikekalkan Selepas Dijual

M Update, 25/6/2019 – Kerajaan mahu identiti syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, terus dikekalkan biarpun selepas dijual, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, banyak perubahan telah dibuat kepada syarikat penerbangan itu namun setiap kali dilaksanakan ia terus gagal. Kali ini kami perlu lebih berhati-hati dengan langkah perubahan…

JPN Siasat Pelajar Dirotan Sehingga Berbirat

M Update, 25/6/2019 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat kejadian di mana seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan dirotan gurunya, meninggalkan kesan berbirat pada lengan dan pahanya. Perkara ini disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, walaupun usaha untuk menghubungi JPN Johor dan sekolah terbabit untuk mendapatkan komen tidak…

Paip Utama Pecah Di LRA Pulau Pinang

M Update, 25/6/2019 – Kira-kira 200,000 pengguna dijangka mengalami gangguan bekalan berikutan kejadian paip pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang petang semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa, yang mengesahkan kejadian itu semalam, berkata…

Kenyataan Media KPM: Semua Sekolah Di Pasir Gudang Tutup

M Update, 25/6/2019 – Semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang ditutup bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berikutan pencemaran udara. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Azman Adnan, berkata semua institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan ditutup susulan gangguan kesihatan pelajar di kawasan berkenaan.…

Sesak Nafas : Sah Punca Bahan Toksik Sungai Kim Kim

M Update, 24/6/2019 – Kejadian di Pasir Gudang sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup, disahkan berpunca daripada sisa bahan kimia yang mencemari Sungai Kim Kim pada Mac lalu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat berkenaan diperolehi beliau daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan siasatan di…

KPWKM Lancar Video Pendidikan Seks Untuk Kanak-kanak

M Update, 24/6/2019 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui medium digital Youtube sebagai usaha bagi menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Lima video berdurasi satu minit setiap satu itu ditayangkan sebelum video kegemaran kanak-kanak seperti lagu kanak-kanak, siri kartun, mengenali huruf…

Pemandu Lalok Rempuh Dua Polis Trafik

M Update, 24/6/2019 – Dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera dilanggar seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, hari ini. Difahamkan, dalam kejadian 10.45 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun itu…