Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

KKM Kesan Kluster Baharu Di Sendayan

M Update, 15/4/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu penularan COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sehingga kini, sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan. “Ada penularan COVID-19 di Sendayan. Tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan pihak kami di…

Individu Ingkar PKP 3 Akan Dituduh Di Mahkamah

M Update, 14/4/2020 – Tiada lagi kompromi buat individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok, apabila mereka akan direman untuk dituduh di mahkamah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan hukuman sedemikian berikutan masih ramai individu yang ingkar sehingga mengakibatkan sasaran pematuhan tidak dapat…

Masjid India, Kuala Lumpur Dan Kawasan Sekitar Diisytihar PKPD ke-5

M Update, 14/4/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperluaskan di kawasan sekitar Masjid India, di sini mulai hari ini sehingga 28 April, menjadikannya PKPD kelima setakat ini. Mengumumkannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguatkuasaan PKPD itu termasuk di Jalan Mushi Abdullah, Jalan Tun Perak, Jalan…

Pastikan Semak Aplikasi NPRA Sebelum Beli Cecair Basmi Kuman

M Update, 14/4/2020 – Pengguna disaran menyemak dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum membeli produk cecair pembasmi kuman, terutama secara dalam talian, bagi memastikan produk itu mampu melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguatkuasa Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…

Mayat Ditemui Tergantung Positif Covid19

M Update, 13/4/2020 – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini pada 6 April lepas didapati positif Covid-19. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua 12…

Tiada Bazar Ramadan Di Seluruh Negara

M Update, 13/4/2020 – Kerajaan hari ini memutuskan tiada bazar Ramadan dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini. Keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan…

Kedai Gunting Rambut, Salun & Cermin Mata Tak Dibenarkan Beroperasi

M Update, 13/4/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira…

Penoreh Getah Maut Terkena Tembakan

M Update, 13/4/2020 – Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan dilepaskan rakannya yang menyangka kera yang menceroboh kebun getah dan dusun di Mempateh Lanchang di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 57 tahun itu sedang memanjat pokok jeting dalam kebun…

Tindakan Tegas Jual Atau Beli Barangan Berlogo PDRM, ATM

M Update, 13/4/202 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan…

FRU Bantu Polis PJ Untuk Sekatan Jalan Raya

M Update, 10/4/2020 – Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima bantuan  daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan sekatan jalan raya Op COVID-19.  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata seramai 80 anggota dan empat pegawai FRU ditempatkan di daerah itu bermula hari ini. “Kami telah menggunakan…