Input your search keywords and press Enter.

Tag

Polis Diraja Malaysia

Ajal Dua Beranak Dirempuh Kenderaan

M Update, 26/2/2020 – Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kenderaan di Jalan Baru Baling-Kupang, berdekatan Kampung Telok Teduri, Pulai, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa, Siti Aminah Daud, 50, dan anaknya, Norshahirah Wan Sulaiman, 18, dari Kampung Telok Teduri, Pulai, dipercayai…

Jangan Cetus Provokasi – Polis Kedah

M Update, 25/2/2020 Polis memberi amaran kepada pemimpin dan penyokong parti politik di Kedah supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga mencetuskan provokasi yang boleh mengakibatkan suasana panik di kalangan rakyat. Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya berharap orang ramai menjaga sensitiviti kerana dibimbangi boleh menjejaskan…

Jangan Sebar Berita Palsu – Datuk Ayob

M Update, 24/2/2020 – Masyarakat diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam berkaitan situasi politik negara ketika ini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Mydin Pitchay, berkata pihaknya memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas serta tidak akan bertolak ansur kepada penyebar berita palsu bagi menjamin keamanan…

Rompak Kedai Emas, Semua Suspek Sudah Diberkas

M Update, 24/2/2020 – Suspek terakhir kes rompakan sebuah kedai emas di pusat beli belah di Bukit Tinggi, Klang, diberkas malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek kelima itu berjaya ditangkap pada 9 malam. “JSJ Selangor sudah menangkap seorang lelaki yang dikehendaki bersabit kes…

Bayi Maut Rumah Terbakar

M Update, 19/2/2020 – Bayi perempuan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, 11.35 pagi hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, mangsa, Siti Nur Aini Zulimi, 10 bulan sebelum itu ditinggalkan sendirian oleh ibunya di dalam buaian elektrik sebelum wanita itu…

Bilal Masjid Parah Dibakar Penyerang Bertopeng

M Update, 19/2/2020 – Bilal Masjid Al-Hasanah dekat Taman Rakyat di sini, cedera parah apabila melecur beberapa bahagian badan akibat dibakar selepas disimbah minyak oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa Amri Budin, 65, melecur teruk di bahagian muka, tangan, dan badan sebelah…

Penghantar Barang Mengaku Tidak Bersalah Buat Kenyataan Palsu COVID-19

M Update, 18/2/2020 – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan palsu berhubung penularan jangkitan COVID-19 di laman profil Facebooknya. Shamsul Anuar Mohd Khairi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M Saravanan. Lelaki itu didakwa…

Bayi 12 Bulan Ditemui Maut Dalam Kereta

M Update, 17/2/2020 – Seorang bayi berusia lingkungan 12 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota di sini tengah hari tadi. Kejadian di tapak parkir kompleks itu disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat dan memasuki kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor…

Kanak-Kanak Dilarikan Perompak Ditemui Selamat

M Update, 17/2/2020 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang hilang bersama kereta jenis Proton Exora yang dilarikan dalam kejadian rompakan di cabang Kampung Kemubu pagi tadi ditemui selamat. Kanak-kanak terbabit ditemui di belakang Pasaraya Ekon Jaya Kok Lanas di sini pada jam 10 pagi. Timbalan Ketua Polis Kelantan,…

PDRM : 26 Kes Sebar Berita Palsu Covid-19

M Update, 14/2/2020 – Jumlah kes yang direkodkan setakat ini berhubung penyebaran berita palsu mengenai wabak koronavirus (Covid-19) di media sosial meningkat kepada 26 kes. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, terbaharu, pihaknya menerima tiga lagi laporan iaitu dua di Kuching…