Input your search keywords and press Enter.

Sejarah Awal Negeri Selangor Dan Kesultanan Selangor

Sejarah Selangor bermula dari tebing sungai Kuala Selangor di mana letaknya sebuah pekan di pinggir sungai Selangor yang mana akhirnya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang pertama.

Di sinilah bermulanya nama Selangor bersempena dengan nama sebatang sungai. Secara umumnya, Selangor (Kuala Selangor) telah wujud lebih awal iaitu kira-kira abad ke-16 kerana sebelum Melaka diserang Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor berada dalam jajahan Melaka.

Sebelum berdirinya kesultanan Selangor, sudah ada pemerintah yang mentadbir Selangor. Tun Perak, anak kepada Bendahara Melaka, Tun Perpatih sedang dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah Melaka (1446-1459) pada tahun 1446 sebagai Penghulu Klang.

Leave a Reply