Input your search keywords and press Enter.

Pameran Teknologi 5G 18-21 April 2019

M Update, 5/4/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menganjurkan pameran teknologi generasi kelima (5G) di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam untuk membuka peluang kepada orang ramai bagi merasai sendiri kepelbagaian kegunaan rangkaian tersebut. 5G merupakan salah satu dalam inisiatif dalam Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang merangkumi pelbagai teknologi tanpa wayar yang boleh dikomersialkan.

Kita mahu rakyat Malaysia bersedia untuk pelaksanaan teknologi 5G dan persediaannya perli bermula daripada sekarang selaras dengan Revolusi Industri 4.0. SKMM juga merancang untuk membawa Pameran 5G di beberapa buah negeri dalam tempoh enam bulan dan ia merupakan salah satu pelan memperkenalkan teknologi ini kepada orang ramai.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata, pameran selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 April dan ia dibuka kepada orang ramai pada 20 dan 21 April depan. Jelasnya, menerusi pameran tersebut, ia merupakan satu platform terbaik untuk memberi penerangan kepada masyarakat bahawa teknologi 5G bukan sekadar rangkaian untuk telefon pintar sahaja.

Melalui pameran ini, ia merupakan satu percubaan kepada teknologi 5G sebelum ia dilaksanakan dalam sektor perindustrian di negara ini. Pengunjung juga dapat menyaksikan dua syarikat telekomunikasi tempatan menggunakan teknologi ini menerusi pameran mereka di pameran ini,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Pameran 5G di menara SKMM di sini hari ini. Mengulas lanjut mengenai 5G, Al-Ishsal berkata, SKMM telah menubuhkan pasukan petugas 5G sejak November dalam usaha untuk mengkaji strategi untuk pelaksanaan teknolagi itu di negara ini menjelang 2021.

Dalam pameran itu, pengunjung juga boleh melihat penggunaan teknologi hologram bagi membolehkan kehadiran maya, proses rawatan dan diagnosis pesakit tanpa doktor di sisi dan demonstrasi robot tangan yang semuanya dimanfaatkan menerusi teknologi 5G. 

Selain itu, kereta tanpa pemandu dikawal dengan gabungan sensor, kamera, radar dan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan teknologi 5G daripada pihak yang mengambil bahagian seperti syarikat telekomunikasi dan institusi pengajian tinggi di negara ini. – K! ONLINE



Leave a Reply