Input your search keywords and press Enter.

ECRL Beri Peluang Kepada Kontraktor Tempatan

Sekiranya kos Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat dikurangkan kepada RM35 bilion, kontraktor tempatan berpeluang meraih kontrak yang bernilai RM 10.5 bilion yang merupakan 30% jumlah peruntukan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bank pelaburan multinasional JP Morgan menyatakan walaupun pelakasanaan dilakukan semula bagi projek ECRL dalam kos rendah, sekiranya iai berjaya secara langsung dapat memberikan peningkatan positif kepada sektor pembinaan kerana sektor pembianaan bergerak perlahan disebabkan kekangan fiskal kerajaan.

IJM Corp Bhd (IJM) dijangka bakal mendapat manfaat yang besar sekiranya projek tersebut diteruskan kerana IJM memiliki 60% kepentingan dalam Pelabuhan Kuantan termasuk 700 ekar tanah perindustrian berhampuran pelabuhan itu. Sekiranya IJM mendapat Rm1 bilion daripada kontrak ECRL ia akan menambah 3.3% pendapatannya.

Bagi Gamuda Bhd pula, setiap RM1 bilion daripada projek ECRL itu, ia akan menambah 1.9% pendapatannya dan jika jumlah yang sama diperoleh WCT Holdings daripada projek yang sama ia akan memperoleh 9% jumlah peningkatan pendapatan.

JP Morgan berkata, syarikat yang terdedah dengan pembatalan atau penerusan projek ECRL dari segi operasi dan kewangan adalah MRCB, Gabungan AQRS, HSS Engineers (kejuruteraan / reka bentuk), Sunway Construction, Fajarbaru Builder, Ekovest, TRC Synergy, Gadang, Mudajaya, TSR Capital, Ahmad Zaki, UEM Construction Sdn Bhd, Econpile, Pintaras Jaya, Ihkmas Jaya dan EITA (sistem).

Sementara bagi kontrak berkaitan simen dan keluli pula, Lafarge, Tasek Corp, Lion Industries, Ann Joo Resources, dan Southern Steel antara yang berpotensi mendapat manfaat dari projek itu. Sebagai contoh, Lafarge Malaysia merupakan salah satu syarikat simen yang memperoleh kontrak bekalan simen dari China Communications Construction Company (M) senbanyak RM270 juta. Jumlah itu mewakili 12% daripada jumlah pendapatannya bagi 2019 dan syarikat itu terdedah dengan risiko sekiranya projek ECRL dibatalkan.

Projek ECRL yang dianugerahkan kontraknya kepada China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd adalah sebahagian daripada inisiatif Belt and Road China. Projek itu juga berkemungkinan besar akan membabitkan landasan tunggal atas rekaan trek dwiformasi berbanding landasan berkembar.

Leave a Reply