Input your search keywords and press Enter.

Suspek Jerut Kucing Ditahan

M Update, 13/6/2019 – Lelaki disyaki membunuh kucing dengan menjerut haiwan itu di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin, ditahan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Vistawira, Seksyen 2 Wangsa Maju, 1.10 tengah hari.

Bertindak atas maklumat diperolehi, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju pergi ke lokasi berkenaan sebelum menahan suspek terbabit yang berada di bahu jalan kawasan itu. Semakan mendapati suspek terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. Semalam, Harian Metro melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan. Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang, kelmarin.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga. Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.

Pemilik kucing itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asrul, 40-an, membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, semalam. – HM Online

Leave a Reply