Input your search keywords and press Enter.

26 maut ketika tangkap udang kara

M Update, 04/07/2019 – Seramai 26 maut apabila bot nelayan bagi menangkap udang kara, dilaporkan karam di perairan Honduras berikutan cuaca buruk.

“Seramai 47 mangsa berjaya diselamatkan dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Puerto Lempira,” kata jurucakap tentera, Jose Domingo Meza.

Ketika kejadian, pelbagai bot nelayan dilaporkan berkumpul di perairan Honduras sempena musim menangkap udang kara, yang bermula bulan ini hingga Februari depan.

“Sebelum itu, sebuah bot nelayan dilaporkan karam di kawasan yang sama akibat cuaca buruk, tetapi kesemua 49 anak kapal berjaya diselamatkan,” kata Meza.

Dalam pada itu, menurut data rasmi, Honduras mencatatkan kadar eksport udang kara sebanyak AS$46 juta (RM190 juta) pada tahun lalu dan sebahagian besarnya bagi memenuhi pasaran Amerika Syarikat. – Reuters

Leave a Reply