Input your search keywords and press Enter.

Abang Bomba Kecewa…

M Update, 6/8/2019 – Hanya kerana bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Vision Land, di Tondong, di sini, panggilan kecemasan dibuat bagi meminta bantuan anggota bomba mengenalpasti bau itu, malam tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikerah ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan itu pada jam 7.17 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata sebaik tiba di rumah berkenaan, penghuninya mengadu tidak tahan dengan bau busuk itu.

“Anggota kami memeriksa setiap sudut rumah dan akhirnya menemui punca bau busuk itu iaitu bangkai seekor tikus di atas siling rumah berkenaan. Anggota kami mengambil bangkai itu dan membuangnya sebelum balik ke balai,” katanya.

Leave a Reply