Input your search keywords and press Enter.

Anak Bongsu Bekas Presiden Mesir Meninggal

M Update, 05/09/2019 – Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dilaporkan meninggalkan dunia semalam, akibat serangan jantung.

Berita kematian Abdullah Mursi, 24, disahkan oleh abangnya, Ahmed dan ahli keluarganya kepada Reuters.

Bapanya meninggal dunia kira-kira dua setengah bulan yang lalu, juga akibat serangan jantung.

Ahmed berkata, Abdullah mula berasa kejang ketika memandu bersama rakannya di Kaherah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bapanya, Mohamed adalah pemimpin pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Mesir moden.

Dia meninggal dunia pada Jun lalu akibat serangan jantung pada usia 67 tahun, selepas pengsan di dalam mahkamah di Kaherah, ketika sedang menghadiri perbicaraan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *