Input your search keywords and press Enter.

Basikal Lajak : Salur Maklumat Melalui Video, Gambar

M Update, 1/11/2019 – Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan basikal lajak supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KPJKK) Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, saksi boleh mengambil video atau gambar dan menyalurkan maklumat itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Tindakan tegas akan diambil kepada pengguna basikal lajak yang didapati melakukan aksi berbahaya dan boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000,” katanya pada sidang media Operasi Bersepadu Perayaan Deepavali di Jambatan Sultan Mahmud di sini malam tadi.

Menurutnya, jika pesalah masih di bawah umur, ibu bapa boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan penjagaan kanak-kanak dan boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 dan dipenjara tidak lebih 10 tahun. Bagaimanapun sehingga kini belum ada kes berkaitan basikal lajak (di Terengganu),” katanya.

Leave a Reply